EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Monday, January 29, 2007

Kes Buli atau Ragging?

Adalah amat malang sekali bagi keluarga Metheus Mereng Augus, 16 yang meninggal dunia akibat dibuli di Sekolah Menengah Teknik Bintulu. Harapan untuk melihat anak mereka mendapat pendidikan yang secukupnya terpaksa berakhir dengan kematian yang tidak sepatutnya berlaku. Mengikut laporan "Siasatan awal menunjukkan Metheus dibuli dan didera oleh pelajar senior berdasarkan kesan lebam dan bengkak yang ditemui pada badannya, dan punca sebenar kematian pelajar itu hanya akan diketahui selepas bedah siasat." Demikian kata Ketua Polis Daerah, Supt Sulaiman Abdul Razak.

Kes pelajar lama membuli pelajar baru bukannya perkara baru. Ia berlaku setiap tahun di sekolah khususnya sekolah berasrama. Budaya ragging pelajar baru adalah merupakan satu bentuk hiburan kepada pelajar lama. Entah sampai bila budaya pelajar senior membuli pelajar baru akan berhenti tidak diketahui. Zaman saya bersekolah dahulu ragging adalah perkara lumrah yang bagiakan satu kewajipan dilaksanakan oleh pelajar senior terhadap pelajar yang baru masuk. Sekiranya pelajar baru tidak menurut arahan pelajar senior yang rag mereka, hukuman lebih berat akan dikenakan. Jadi mahu tidak mahu terpaksa dilakukan juga. Setakat membasuh kasut atau pakaian pelajar senior mungkin itu tidaklah berat sangat. Tetapi ada yang kena berenang dalam air bercampur najis tahi lembu dan lain-lain najis. Apakah jenis pelajar ini yang jika di renungkan adalah mereka yang bijak kerana memasukki sekolah berasrama penuh tetapi mempunyai mentaliti seorang samseng.

Kita tunggu apa sebenarnya yang berlaku terhadap Matheus selepas bedah siasat selesai.

Walaupun kes membuli di sekolah berasrama penuh berlaku setiap tahun khasnya sewaktu minggu orientasi, nampaknya pihak Kementerian Pelajaran masih tidak mengambil iktibar untuk membendung gejala itu dari terus berlaku. Pelajar yang jika disabitkan dengan membuli ini sepatutnya tidak mendapat tempat di sekolah berkenaan. Tindakan tegas perlu diambil agar ianya tidak akan berlaku lagi. Mesej jelas hendaklah disampaikan kepada seluruh pelajar di mana sahaja mereka berada. Bagaimana sekiranya Matheus tidak meninggal dunia, adakah ianya akan ditutup sahaja bagi menjaga nama baik sekolah?

Kematian seorang anak muda seusia Matheus adalah satu kerugian dari segi modal insan kepada negara dan di harap gejala ini dapat dibendung dan dihapuskan.





1 comment:

Anonymous said...

saya setuju dengan pendapat saudara...pada saya, kes buli tidak sepatutnya terjadi dan hal ini tidak patut dibiarkan begitu sahaja...

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger