Ini bukanlah keputusan pilihanraya kecil Batu Talam, tetapi nak ceritakan tentang harapan Ng Kwi Ling yang berharap dengan adanya pertandingan dalam pilihanraya, 'hujan' akan turun di Batu Talam. Maka Batu Talam pun semakin terkenal, peniaga mampu meningkatkan pendapatan masing-masing, hotel penuh, projek melimpah-limpah. Sememangnya untuk mengatakan ini satu pertandingan yang adil, ia adalah paling tidak adil. Walau apapun semua orang tahu BN akan menang kalau calonnya tunggul kayu sekalipun. Ini pilihanraya kecil sahaja sedangkan dalam pilihanraya umum pun BN boleh melakukan apa sahaja asalkan mencapai kemenangan.
Penghuni Batu Talam sepatutnya berterima kasih kepada Ng Chee Pang dan bukannya En. Abdul Aziz Mat Kiram kerana mendapat durian runtuh ini.
Penghuni Batu Talam sepatutnya berterima kasih kepada Ng Chee Pang dan bukannya En. Abdul Aziz Mat Kiram kerana mendapat durian runtuh ini.
No comments:
Post a Comment