EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, January 14, 2007

Bertuahnya Aku-Kena Jerat

Aku mendapat panggilan telefon sekali lagi. Kali pertama aku tidak ada di rumah dan apabila balik dari kerja, isteriku memberitahu yang ada panssilan dari seseorang yang bernama Suraya. Aku call balik tetapi tidak dapat bercakap dengan Suraya dan penerima panggilan ku itu memberitahu yang Suraya sudah balik. Penerima panggilan itu memberitahu yang aku adalah diantara 3 ribu pelanggan syarikat komunikasi (Telekom, Celcom, Maxis dsb.) yang dipilih untuk menerima hadiah barangan eletrik dan tidak terikat untuk membeli apa-apa. Mengikutnya lagi aku antara yang dipilih kerana tidak ada masalah dengan pembayaran bil sejak dua tahun lalu (tu yang aku nak tergelak tu). Aku diminta datang ke pejabat mereka di Puchong sebelum hari Sabtu.

Aku sudah lupa sebenarnya tentang appointment itu. Dan hari ini Sabtu aku sekali lagi menerima panggilan dari syarikat tersebut.

Sebenarnya aku was-was kerana pernah menerima panggilan sedemikian beberapa bulan lalu yang aku terpilih berdasarkan kad loyalty aku iaitu kad Mesra. Aku pun pergi ke alamat yang disebut itu dengan prasangka bahawa aku berhadapan dengan satu lagi taktik jerat perniagaan. Memang sangkaan aku nampak kebenarannya kerana sewaktu menaiki anak tangga ke pejabat syarikat tersebut, aku nampak signboardnya yang diperbuat daripada styrofoam dan hanya diletakkan sahaja di atas meter elektrik. Signboard itu pun tidak profesional langsung dan nampak seperti dibuat oleh pelajar sekolah layaknya.

Berbalik kepada yang terbaru ini, aku pun pergi ke Puchong dengan isteri dan anak. Sampai di hadapan syarikat tersebut, nampak ianya lebih meyakinkan. Sebaik sahaja masuk, hatiku mula rasa tidak sedap. Aku sudah mula dapat mengesan yang ini akan menjadi satu lagi pengalaman taktik jerat pengguna berdasarkan pada set up dalam galery itu dan ramai pekerja yang terdiri daripada anak-anak muda. Mereka sudah semestinya agen jualan syarikat tersebut.

Kemudian aku disuruh bawa ke tingkat atas dan sebelum itu aku di minta membawa bersama keluargaku. Sewaktu aku mkeluar memanggil mereka aku sudah memberitahu "nampaknya nak kena macam Aowa dulu."

Sampai di tingkat atas sememangnya apa yang aku sangka semakin nampak kebenarannya. Di tingkat atas merupakan showroom dan dipamerkan berbagai barangan eletrik. Taktik biasa digunakan iaitu mengambil hati terlebih dahulu dengan cerita-cerita yang tidak kena mengena dengan "hadiah" yang aku akan perolehi.

Aku pun diberikan beberapa keping sampul dan diminta memilih untuk menentukan apa hadiah yang akan diperolehi. Aku sememangnya sudah tidak ada mood untuk bercakap waktu itu dan menyuruh anak aku mencabutnya.

Hadiah-hadiah yang diperolehi 1 pc water bottle (barangan eletrik?)
Selepas membuka seal pertama ada juga satu logo untuk aku membuka seal kedua.
Selepas membuka seal kedua hadiahnya: Goldcard dengan beberapa kelebihan kepada pemiliknya dan juga tambahan 50,000 mata ganjaran.

Rasa nak tergelak dalam hati apabila mereka pura-pura terkejut dengan hadiah yang aku perolehi itu (sama dengan taktik Aowa) Mereka kena tanya dahulu betul ke tidak dengan penyelianya dan kemudian mendapat confirmation. Jadi semuanya sekarang aku sudah mendapat 100,000 mata yang membolehkan aku menukar dengan hadiah-hadiah disediakan. Antara hadiah yang aku boleh tukar pada aaktu itu ialah water filter dan juga hydro vacuum cleaner yang sememangnya nilainya melebihi RM2,000 (hadiah bertuah aku dengan Aowa dahulu lebih daripada RM4,000). Siapa tidak seronok mendapat hadiah yang bernilai ribuan ringgit itu.

Tunggu dulu!!!!!!!!!!!!

Kad aku masih belim aktif. Untuk mengakfitkan Gold Card kad aku, kenalah beli barangan mereka terlebih dahulu. Jadi janji yang mengatakan aku tidak perlu beli apa-apa pun adalah taktik untuk menarik aku datang kepada mereka. Pada masa membero penerangan jurujual yang melayan kami, memberitahu yang di situ hanya showroom sahaja dan mereka tidak dibenarkan menerima apa-apa bayaran. OK.

Bagi tujuan mengaktifkan kad aku seorang lagi jurujual datang dan mencadangkan sebuah dapur eletrik (jenama luar negara) dan harganya RM 2960 sahaja. Tengok, aku diberitahu tidak perlu membuat apa-apa pembelian. Apabila aku menolak untuk membeli barangan pada masa itu (kebetulan aku pun tidak ada duit sebanyak itu sama ada tunai atau kad kredit). Plot taktik jualan antara mereka dengan Aowa sama saja. Apabila aku keberatan untuk membeli, datang lagi beberapa orang lagi untuk memujuk aku membeli dengan berbagai sweet talk. Aku rasa nak ketawa dengan lakonan mereka. Nasib baik kad kredit aku pada masa itu bank decline.

Mereka kemudian memberikan opsyen lain lagi, aku bayar hanya satu ribu lebih untuk secure barangan dan kemudian bayar secara bulanan sehingga settle. Aku juga menolak. Last sekali aku diminta bayar RM 200 (RM100 sebagai deposit untuk hold hadiah kemenangan aku). Aku boleh membeli barangan kemudian daripada katalog yang mereka akan hantara dari semasa ke semasa.



No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger