EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, January 07, 2007

Batu Talam

Penghuni di DUN Batu Talam akan keluar mengundi pada 28 Januari 2007 nanti. Seperti biasa rasuah pilihanraya pun bermula. Hari ini Mstar melaporkan bahawa seramai 150 orang penduduk yang berpendapatan rendah akan diberikan tanah berkelompok seluas 200 hektar untuk projek tanaman herba.

Mstar melaporkan "Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata tanah itu akan diusahakan dengan tanaman herba selaras pewujudan Taman Teknologi Malaysia di Ulu Sungai, Raub, tahun lepas.

"Tanah berkelompok ini akan diberikan secara ala-Felcra dan Taman Teknologi akan mengambil alih tanah ini untuk projek tanaman herba dan mereka yang terpilih akan diberikan dividen dalam bentuk saham," katanya kepada pemberita selepas melawat taman itu, di sini hari ini".


Seperti biasa isu ini akan dibangkitkan oleh parti pembangkang dan seperti biasa juga pihak kerajaan akan berkata, mereka memang sudah lama merancang untuk memberikan tanah itu tetapi baru sekarang dapat melaksanakan. Bagaimana jika sekiranya tidak berlaku pilihanraya? Sudah pasti seramai 150 orang penduduk berpendapatan rendah itu tidak akan mendapat apa-apa.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger