EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, December 24, 2006

Tahun Baru 2007

Tahun Baru 2007 akan menjelang tidak berapa hari lagi. Sudah pasti persiapan untuk menyamut tahun baru itu giat dilancarkan. Ibu bapa juga sibuk menyiapkan persediaan untuk anak-anak kembali ke sekolah.

Tetapi apa yang paling menarik ialah ada yang ramai mencongak di mana hendak menyambut ambang 2007 pada 31 Disember 2006 nanti. Jika di Kuala Lumpur, tempat yang mendapat perhatian ialah Dataran Merdeka, Bintang Walk dan juga di KLCC. Beberapa tahun lalu Dataran Merdeka menjadi tempat tumpuan untuk countdown kerana ada jam untuk membantunya. Tetapi kini sambutan tahun baru berpindah ke KLCC. Sudah pasti pada 31 Disember nanti, warga kota akan membanjiri KLCC untuk menyambut kedatangan tahun baru.

Hanya pada tahun 2004 sahaja sambutan tidak diadakan atas arahan Perdana Menteri sebagai tanda simpati kepada mangsa bencana Tsunami yang melanda beberapa tempat di pesisir pantai negara. Tetapi simpati itu hanya apabila bencana baru-baru melanda. Kini rasa gerun, gentar dan takut kepada kekuasaan Allah sudah dilupai. Sambutan tahun baru perlu disambut secara besar-besaran dengan berpesta. Mesti ada konsert yang disertai oleh artis-artis terkenal negara. Mesti ada aktiviti merendak dan kalau boleh di tempat-tempat berselindung agar lebih mudah untuk mencium selamat tahun baru kepada kekasih yang sudah pastinya bukan muhrim. Kan kita masyarakat metropilitan, kenalah hidup dengan lifestyle metropolitan.

Di Pusat Akuatik Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil pun pesta menyambut tahun baru juga akan diadakan. Hanya lainnya ialah ia merupakan pesta air yang dinamakan Float Party. Sudah pastinya ia merupakan satu pesta air yang akan bermula dengan sambutan Krismas. tiket masuk ialah RM 82.00. Selepas itu pula akan diadakan H2O countdown dengan tiket masuk RM 82.00 juga. Sudah pastinya tahun ini mereka yang menyertai Float Party akan lebih seronok kerana bermain dengan air dan sudah pastinya pemandangannya akan lebih menarik bebranding parti-parti di KLCC, Bintang Walk dan Dataran Merdeka. Para pengunjungsudah semestinya berada dalam keadaan yang lebih mengiurkan, berbaju mandi, mungkin juga ada yang berbikini. Sementara yang segan akan berseluar bermuda. Hmmm.... pasti best kan?

Gambar-gambar yang saya muatkan dalam blog ini menunjukkan peralatan dan presiapan yang sedang dilakukan untuk parti tersebut.


No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger