EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Saturday, December 16, 2006

Kerajaan Akan Mendaftar PhD

Bernama melaporkan dari Jakarat bahawa semua rakyat Malaysia yang memilikki Doktor Falsafah (PhD) akan didaftar dengan Malaysian Qualification Agency (MQA). Ia merupakan satu langkah yang baik kerana dalam dunia cyber hari ini sesiapa sahaja boleh memilikki ijazah sama ada ijazah pertama, sarjana dan juga PhD. Sebelum negara dibanjiri dan ditipu oleh Doktor-doktor Falsafah yang palsu, adalah lebih baik langkah awal diambil. Kita tidak mahu pelajar di negara kita dibimbing oleh doktor bogus.

Bagi saya lengkah kerajaan mendaftarkan Doktor Falsafah ini bukanlah bertujuan untuk mencabar intelektual mereka tetapi adalah langkah berjaga-jaga kerana apabila 'bogus PhD' sudah menjadi satu wabak, PHD yang genuine juga akan dipandang serong oleh masyarakat. Mereka akan jadi bahan ketawa. Oleh itu mana-mana ahli akademik yang memilikki PhD dan ingin mengajar di mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi perlu ada kad pendaftaran ini.

Kerajaan juga perlu berhati-hati dengan PhD yang datang dari luar negara dan jika mereka ingin berkhidmat sebagai tenaga pengajar dengan IPT negara kita juga perlu mendapat sijil layak dari MQA. Ia bagi memastikan semua pensyarah luar juga adalah genuine PhD.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger