EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Wednesday, December 20, 2006

Appointment kat HUKM

Harini pergi HUKM untuk check pasal benjol kat leher tu. suspek thyroid . Doktor kat panel clinic dah refer to HUKM. On the way dekat Tasik Selatan tengok satu accident motorsikal dengan kereta kot. Baru saja berlaku sebab mangsa sedang dibantu oleh orang ramai. Pasangan suami isteri kot. Si isteri kelihatan terduduk dan pastinya kesakitan sementara lelaki itu tertiarap di atas jalan raja dan kelihatan bagai tidak bergerak. Dalam hati aku doakan dia masih hidup.

Melihat keadaan itu aku buat self-talk pada diriku. Orang lain sakit lebih teruk dari aku. Itu dugaan Tuhan. Bukan apa kenalah tenangkan diri. Siapa tak takut sakit? Tiba di HUKM sebelum jam 8.00. Masih awal sebab masa registration 9.00 hingga 10.00 pagi. Klinik surgeri tu pun beroperasi hanya setiap Rabu sahaja. Hati memang tetap berdebar, tak tahu apa akan jadi sama ada kena operation ke atau sebagainya. Orang memang ramai. Hampir jam 12.00 baru dapat jumpa doktor. Sampai terlena kat kerusi menunggu.

Masuk jumpa Doktor Shanker. Rupanya anak saudara kepada M. Rajamani, bekas pelari pecut negara di tahun 60an. Sezaman dengan Dr. M. Jegathesan. Aku tidak tahu sangat medical terms yang disebutnya. Walaupun aku faham apa yang dikatakan tetapi nak eloborate tak pandai. Setakat terminology yang mudah-mudah itu, oklah. Setakat basic anatomy kira ok juga. Tapi bila dah campur dengan istilah perubatan tu yang aku agak blur sikit.

Selepas membuat pemeriksaan Dr. Shanker memberitahu mungkin ada thyroid nodules. Walau bagaimanapun aku kena buat blood test, biopsy dan ultrasound untuk melihat thyroid jenis apa sama ada cancerous atau tidak . Terus berdebar hatiku apabila mendengar perkataan biposy. Sebab aku tahu tentang membuat muscle biposy untuk membuat ujian otot dalam sukan sama ada seseorang itu memilikki banyak fast twitch muscle atau slow twitch muscle. Dan muscle biopsy itu sakit sebab tisu otot diambil dari beberapa sudut. Oleh itu atlet kita masih belum bersedia untuk itu.

Selepas itu aku pergi ke makmal untuk buat ujian darah dan diikuti oleh biopsy di FNAC (Fine Needle Aspiration Clinic). Dalam bilik itu doktor membuat FNA biopsy. Tengok jarum dan peralatan yang akan digunakan itu dah membuatkan aku semakin kecut perut. Pada masa yang sama ada juga seorang pelajar perubatan untuk melihat ujian dilakukan. Doktor wanita itu menyebut kemungkinan cyst. Jika cyst, ia boleh disedut keluar dan benjolan itu akan surut. Namun demikian ia boleh berlaku lagi. Dua kali terpaksa di cucuk. Kali pertama tidak dapat sampel yang mencukupi dan doktor memberitahu yang dia kena cucuk kali kedua. Kali kedua ini aku sudah leih bersedia kerana dah merasai kesakitan yang pertama tadi. Taklah sakit sangat. Sakit gigi lebih sakit dari itu.

Sedutan kali kedua itu keluar 'cyst' seperti yang dikatakan oleh doktor itu. Lebih kurang 7 mm cecair yang bercampur darah itu. Selepas itu nampaknya benjolan dah surut. So selepas kena cucuk leherku nampak macam kena serang dracula (LOL) Lihat gambar kesan cucukan itu.

So my next appointment 24 Januari untuk lihat keputusan blood test dan ultrasound yang perlu dibuat seminggu sebelum itu.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger