Harian Metro hari ini melaporkan dua peristiwa yang ada hubungan sengan seks. Berita pertama bertajuk “Pujukan Ghairah Tan Sri” dan berita kedua “Kemaruk Merakam Punggung”. Walaupun kedua-duanya ada hubungan dengan seks yang pertama adalah merupakan satu amalan yang positif sementara berita kedua berbentuk ‘voyeurism’
Pujukan Ghairah Tan Sri memaparkan bagaimana seorang lelaki menghadiahkan coli dan seluar dalam seksi merah jambu serta hitam sebagai tanda sayang dan ghairah berpanjangan kepada bekas pembaca berita RTM, Ter Ai Chin, 50, sejak beberapa ketika lalu.
Lelaki tersebut terbabit membelikannya barangan seksi berjenama berkenaan di luar negara dan dihadiahkan kepada Ter, tetapi Ter tidak pernah memakainya.
Kemaruk Merakam Punggung pula adalah amalan seks yang tidak sihat. Hari ini dengan kemudahan kamera pada telefon bimbit, memang mudah bagi pemilik merakam apa sahaja tanpa pengetahuan mangsa. Tabiat buruk seorang lelaki disyaki ‘gila seks’ yang merakam gambar punggung wanita sebagai aktiviti `mengisi masa lapang’ akhirnya tertangkap.
Lelaki berusia 46 tahun itu menggunakan telefon bimbit berkamera untuk merakam gambar punggung wanita tanpa disedari mangsa.
Macam-macam ada……
No comments:
Post a Comment