EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, November 26, 2006

Coretan Sebelum Bertolak ke MAHA

Bertolak dari rumah lebih kurang jam12.00 tengahari dan sampai stesen LRT Bukit Jalil lebih kurang jam 12.25. Tujuan nak ke MAHA Expo 2006. Tengok jadual bas jam 12.30. Ah, tak lama lagi, fikirku. Ada beberapa buah bas sedang menanti di tepi jalan. Hmm.... mana satu ke MAHA? Then tanya driver sebuah bas, dia kata bas untuk ke MAHA ada di belakang. Last sekali. Wa, bas sekolah. Dah lama tak naik bas sekolah nie. OK jugala. Aku dan famili pun duduk nenunggu dan tiba-tiba seorang gadis datang dan memberitahu bas untuk ke MAHA ada di belakang.

Kami pun melangkah ke sana dan sudah ramai orang berbaris. Then petugas di situ mula mengira untuk menentukan berapa orang yang boleh naik bas yang sedang menunggu itu. Alamak, aku dan keluargaku tidak termasuk dalam kumpulan itu. Aku berada pada nombor 6 atau 7 waktu itu. Then kami yang tidak dapat menaiki bas itu diaklumkan bahawa kami akan naik bas jam 1.30. Satu Setengah!!!!!!!. Satu jam dari sekarang. Mengikutnya bas yang ada itu bertolak jam 1.00.

Eh, kalau bas itu jam 1.00 mana pula bas 12.30. Bukankah waktu itu belum lagi jam 12.30. Aku sudah mula rasa serba salah, sama ada hendak pergi atau tidak. Then salah seorang di belakangku menelefon seseorang dan seolah-olah memberitahu keadaan pada waktu itu. Beberapa orang dalam baris mula mempertikai mengapa hendak ikut waktu kalau sudah ada penumpang dan cukup untuk naik satu bas. Entah macam mana petugas itu kemudian memberitahu yang bas boleh dibenarkan bertolak jam 1.15 tengahari.

Sebuah bas UiTM tiba dan pemandunya bersetuju untuk bertolak lebih awal, maka kami yang berbaris pun mula menaiki bas. At least dapat duduk dalam bas dan keadaannya lebih selesa, oklah sikit.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger