Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi hari ini mengumumkan bahawa tarif air di Lembah Kelang akan naik 15%. Beliau juga memberi jaminan bahawa kenaikan itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah yang merupakan 42% daripada jumlah penduduk Lembah Kelang.
Ini lagu lama juga. apakah yang dimaksudkan dengan golongan berpendapatan rendah dalam isu ini. Kalau seorang pekerja yang bergaji kurang RM 1000 sebulan dan mempunyai keluarga yang agak besar berbanding seorang pengarah syarikat yang berpendapatan berkali ganda daripada pekerja pertama tadi dan mempunyai anak seorang sahaja bagaimanakah penggunaan airnya? . Pekerja pertama berpendapatan rendah tetapi dengan keluarga yang besar sudah pasti penggunaan airnya juga banyak. Oleh itu bagaimanakah kita hendak katakan tidak melibatkan mereka yang berpendapatan rendah.
Kenaikan itu akan melibatkan mereka yang menggunakan air lebih daripada 20 meter padu, itu adalah kesan secara langsung kepada pengguna. Kita juga kena ambil kira kesan tidak langsung seperti apa yang berlaku terhadap sebarang kenaikan barang.
Puas dan Syabas adalah dua syarikat swasta yang diberikan tugas untuk mengurus air di Lembah Kelang dan apabila kemudahan asas ini diberikan kepada syarikat swasta, maka inilah akibatnya. Mereka lebih mengutamakan keuntungan daripada segalanya. Kesannya rakyat yang menanggung beban.
Apakah dengan kenaikan itu, kualiti air akan bertambah baik? Mungkin tidak.
Farewell My Blog
-
I have retired from the blogging era since 2018/2019. But everyday people
keeps on coming and asking me bout my ‘retired life’. Do tell the world, I
have...
1 year ago
No comments:
Post a Comment