Laporan tersebut menyebut kesimpulan yang dibuat oleh Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz setelah menyertai lawatan ke kilang roti tersebut dan rujukan kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
‘‘Saya telah melawat kilang roti ini di Nilai, Negeri Sembilan apabila mendapati maklumat yang tersebar sebelum ini mengatakan kononnya roti keluaran syarikat ini menggunakan minyak babi dalam ramuannya adalah tidak benar.
‘‘Kekeliruan ini juga dipercayai sengaja diada-adakan pihak pesaing. Jadi, sekarang sudah terbukti tiada lagi keraguan mengenai status halal roti keluaran Silver Bird Group ini,’’ katanya.
Keraguan tentang status halal roti keluaran kilangnya di Nilai itu timbul September lalu apabila anak syarikat Silver Bird, Stanson Bakeries Sdn. Bhd. didakwa menggunakan minyak masak yang tidak halal dan diimport dari Israel sebagai ramuan produknya.
Apa yang berlaku ini sepatutnya menjadi iktibar kepada pengeluar makanan di negara ini khususnya yang dimakan oleh orang Islam dan tidak mengambil ringan tentang halal haramnya makanan. Orang Islam sangat mengambil berat tentang halalnya makanan yang dimakan sehinggankan jika hendak dimakan haiwan yang dicuri sekalipun ia akan disembelih terlebih dahulu kerana hendak elakkan menjamah makanan haram.
Bagi saya belum tentu saya akan kembali membeli roti Hi 5 sama juga saya masih mengelak membeli ayam Dindings..
No comments:
Post a Comment