EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, September 24, 2006

Roti Canai and Teh Tarik to Space

Ketua Pengarah Agendi Angkasa Negara (Angkasa), Datuk Dr. Maslan bt Othman telah mencdangkan supaya angkasawan negara nanti akan dibekalkan dengan roti canai dan teh tarik. Sehubungan dengan itu Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Angkasawan Negara, Tun Haniff Omar berkata yang ia tidak menjadi masalah dan kedua-dua makanan itu boleh diolah dalam bentuk lain yang sesuai dengan keadaan di angkasa lepas.

Sementara itu Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) juga sedang menjalankan kajian terhadap dua jenis makanan itu yang membabitkan keaddan mikro graviti.

Cadangan Datuk Dr Mazlan itu adalah berdasarkan pengalaman angkawasan dari negara lain yang telah membawa makanan negara mereka masing-masing ke angkasa lepas bagi menunjukkan identiti negara dan status makanan itu di mata dunia. Ia juga sebagai satu cara mempromosikan makanan tempatan sesebuah negara.

Di Malaysia roti canai telah menjadi makanan kegemaran khususnya sebagai makanan untuk sarapan yang kini telah menjadi 24 hours fast food. Sebagai makanan yang paling digemari oleh rakyat Malaysia tanpa mengira bangsa dan kaum ia wajar diberikan pengiktirafan itu. Namun asal usul roti canai bukanlah dari Malaysia. Mengikut asalnya roti itu diperkenalkan oleh orang-orang India dari Chennai, India dan kini diterima oleh semua orang di negara ini kerana mudah dimakan dan mengenyangkan.

Saya mencadangkan dicari satu lagi makanan yang benar-benar makanan tempatan dan berasal dari budaya masyarakat Melayu Malaysia dan dibawa bersama ke angkasa lepas yang kemudianna boleh dipasarkan (promote) untuk menjadi makanan berstatus antarabangsa.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger