Berita Harian melaporkan
Askar kena patuk ular ketika operasi di sempadan
ALOR STAR: Seorang anggota tentera terpaksa menahan kesakitan bisa ular tedung selar kira-kira 10 jam dalam kegelapan malam selepas dipatuk reptilia itu di kawasan operasinya di sempadan Malaysia-Thailand, dekat Sik, malam kelmarin.
Sementara menunggu bantuan helikopter menjelang pagi, Lans Koperal Rosli Haron, 35, terpaksa mengikat kaki untuk menahan bisa ular, manakala rakan-rakannya menggunakan rebung hancur dan ditempelkan di tempat patukan untuk mengurangkan bisa.
Pegawai Memerintah Briged Keenam Infantri, Brig Jen Mohd Noor Daud, yang melawat Rosli berkata helikopter tidak dapat digunakan untuk mengambil Rosli sebaik kejadian kerana peraturan tidak membenarkan pesawat beroperasi pada waktu malam.
Sekiranya ditakdirkan mangsa meninggal kerana insiden tersebut, adakah peraturan patut dipersalahkan? Nyawa seorang tentera lebih berharga dari peraturan yang dibuat sendiri oleh manusia.

No comments:
Post a Comment