EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Sunday, September 24, 2006

Hari Pertama Ramadhan

Hari ini hari pertama Ramadhan. Hari pertama biasanya semua masih rasa kuat sebab saki baki glikogen yang tersimpan dalam mitochondria masih banyak. Apa itu glikogen dan apa itu mitochondria. Glikogen ialah simpanan glukos hasil dari pemakanan kita dan mitochondria sama seperti stor simpanan dan terdapat dalam otot.

Apabila masuk hari hari berikutnya, ramai akan semakin terasa letih dan layu. Biasalah. Bukanlah puasa untuk menguji tahap ketaatan hambanya kepada Allah, tuhan semesta alam. Sekiranya kita berpuasa dengan penuh keimanan dan sedar yang itu adalah ujian Allah kepada hambanya, maka kita akan lalui dengan penuh sabar .

Anak aku yang berusia 7 tahun tu pun dah dilatih untuk berpuasa. Tahun lepas dia puasa juga tetapi on and off. Nak paksa pun masih budak dan tidak faham apa itu puasa. Hari pertama nampaknya ok tetapi apabila hari hampir petang dia mula merungut. Tapi buat derk saja, nak lengah-lengahkan dia biar sampai masa buka puasa. Seperti biasa nak minum. Kira-kira jam lima, dah tak bagi minum, nampak dia mengunyah kuih lompang. Alamak... dia dah makan. Hmmmm. hari pertama tak berjaya.

Dulu masa zaman aku anak-anak pernah juga berbuka apabila masa berbaki beberapa minit lagi. Ah... budak-budak. Manalah fikir untung rugi.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger