19 September 2006 Hari ini aku bertugas di Parlimen. Dah lama tidak kena tetapi kali ini disenaraikan. Tak mengapa sama ada kena atau tidak kena. Yang penting aku dapat lihat sendiri suasana di Parlimen. Bagaimana Ahli Yang Berhormat berbahas membincangkan isu-isu untuk membangunkan negara. Sekurang-kurangnya aku dapat lihat first hand perbahasan di dewan yang mulia itu.
Dulu aku pernah juga bertugas di Dewan Negara. So dah ada pengalaman bertugas di kedua-dua dewan yang menjadi tempat menentukan hala tuju negara.
Bukan semua orang berpeluang memasukki Parlimen. Jadi aku rasa adalah antara rakyat Malaysia yang berpeluang untuk lihat dan merasai sendiri dewan itu yang pada satu masa dulu hanya mendengar sahaja cerita dari mereka yang pernah melancong ke Kuala Lumpur dan parlimen salah satu tempat dalam itenari pelancungan itu.
No comments:
Post a Comment