KUALA LUMPUR: Harga ayam daging seluruh negara naik 65 sen berkuatkuasa hari ini.
Demikian dilaporkan oleh Bernama. Nampaknya belum lagi umat Islam mula puasa, ayam dah pun naik. Mengikut Persekutuan Penternak Malaysia kenaikan itu disebabkan permintaan dan bekalan semasa.
Harga runcit baru ayam kini ialah;
Ayam siang tanpa kaki, kepala, hati dan membedal RM 5.65 sekilo (sebelumnya RM 5.00)
Nota: harga siling ialah RM6.70 sekilo.
Ayam siang + kaki + kepala + hati + mempedal RM 5.05 (sebelumnya RM 4.45)
Nota: harga siling ialah RM 6.00
Harga runcit ayam hidup RM 4.20 (naik 50 sen)
Nota: harga siling ialah RM 5.00
Sebenarnya kenaikan harga barangan keperluan harian adalah disebabkan oleh kelemahan pengguna sendiri. Kita masih juga membeli walaupun tidak puas hati dengan kenaikan harga barangan. Sampai bilakah kita harus tunduk kepada peniaga? Jika pengguna kuat dan bersatu hati, kita boleh mengawal harga.
Saya rasa kita tidak akan kebuluran jika tidak makan ayam untuk beberapa hari. Apabila pembeli tidak membeli ayam, secara automatik harganya akan diturunkan.
No comments:
Post a Comment