EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Monday, September 04, 2006

Angkasawan Malaysia

4 September 2006
Akhirnya dua bakal angkawasan negara telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri di KLIA. Daripada dua orang calon tersebut seorang akan mencatit sejarah sebagai rakyat Malaysia yang pertama sampai ke angkasa dan membuka ruang baru kepada penerokaan angkasa lepas. Calon peringkat akhir itu ialah Dr Sheikh Muszaphar, 34, yang masih bujang, berkelulusan MBBS dan penuntut tahun akhir pengajian Surgeri Ortopedik peringkat sarjana di UKM, sementara Faiz Khaleed, 26, pula memiliki ijazah sarjana muda pergigian

Sejauh manakah negara boleh memanfaatkan kehadiran angkasawan tersebut belum dapat dipastikan lagi. Hanya BAKSA (National Planetarium & Space Agency Malaysia) sahaja yang boleh memastikannya. Walaupun pemergian angkasawan itu di bawah program timbal balas kerajaan Rusia-Malaysia yang membabitkan pembelian 18 jet pejuang jenis Sukhoi SU30MKM, di mana kerajaan Rusia menawarkan tempat untuk seorang angkasawan Malaysia menyertai ekspedisi angkasawan Rusia ke ISS, pembayar cuki juga turut membiayai pemergiannya. Diharapkan pintu yang dibuka ini akan membawa negara sehingga boleh membina roket dan menghantar sendiri angkasawannya ke angkasa. Dengan itu barulah aktiviti penyelidikan untuk manfaat sains, teknologi dan industri Malaysia akan menjadi kenyataan. Jika tidak ia hanya akan membina personal glamour kepada calon yang berjaya.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger