EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Thursday, August 31, 2006

RTM Patut Terima Kenyataan

Laporan dalam mSTAR bertajuk RTM pertikai rating Nielsen jelas menunjukkan yang RTM begitu angkuh dan tidak menerima kenyataan. AGNB Nielsen Media Research adalah badan profesional dan tertakluk kepada audit dan oleh itu hasil kajian mereka patut diterima sebagai sah.

Timbalan Ketua PengarahPenyiaran RTM Adilah Shek Omar, mempertikaikan data itu dan dipetik sebagai berkata:

"Kami berasa keliru terhadap 'rating' oleh agensi tersebut yang menunjukkan jumlah penonton program siaran TV3 lebih ramai daripada penonton rancangan 'Mawi...Ina'.

"Ini kerana berdasarkan laporan yang diterima daripada tinjauan malam itu di pelbagai tempat mendapati kebanyakan kedai-kedai makan memilih saluran TV1 ataupun Astro Ria."

Beliau mengambil contoh tinjauan di Kampung Baru, Kuala Lumpur yang menunjukkan daripada 30 kedai makan yang dipantau, 28 daripadanya memilih saluran RTM1 dan hanya 2 sahaja yang mengikuti siaran TV3.

Kajian yang dibuat oleh RTM seperti yang dilaporkan hanya dibuat di sekitar Kampung Baru, KL. Adakah kajian di sekitar Kampung Baru itu mempunyai salah satu ciri kajian yang saintifik iaitu reduktif? Reduktif bermaksud kajian pada sampel yang kecil boleh mewakili keseluruhan penonton barulah boleh ada kesahan dan kebolehpercayaan.

Klip dipetik dari mSTAR.com.my

RTM harus terima kenyataan yang mereka bukanlah saluran pilihan.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger