EXPERIENCE IS THE TEACHER OF ALL THINGS
-Julius Ceaser

Wednesday, June 28, 2006

Kena Tahan Polis


Aku dalam perjalanan bersama anakku untuk menjalankan tugas resmi di Kangar, Perlis. Macam biasa bawa banyak barang untuk tugas ku di samping barang anak yang akan mendaftarkan diri di UiTM, Arau semester akan datang. Semasa dalam perjalanan singgah sekejap kat Istana Negara dengan tujuan nak ambil gambar pengawal berkuda di harapan pintu istana. Tetapi nasib aku tidak baik kerana hari itu tidak pengawal berkuda tetapi hanya pengawal biasa sahaja. Ambil lah juga beberapa keping gambar pengawal tu. Tulah kali pertama aku singgah kat depan pintu istana negara tu.

Selepas tu dalam perjalanan bila sampai ke persimpangan untuk ke jalan duta nampak sebuah kereta peronda polis. Aku panda macam biasa la. Habis semua syarat cukup. Lesen ada, roadtax ada. Takkan nak takut kat polis pula.

Setelah aku memandu melepasi kereta peronda tu, then aku nampak kereta itu mula laju. Dalam hati, 'nak kejar aku ke ni?'. Kereta tu nak potong sebelah kiri tetapi ada motorsikal di hadapan. Apabila bersaing dengan aku, aku tengok ke arah pemandu dan pemandu tu pun tengok ke arahku. Tiba-tiba kereta peronda tu potong pula sebelah kanan dan membunyikan siren sekali. Polis di sebelah pemandu mengarahkan aku ke tepi. Tak salah apa nak takut.

Aku keluar dari kereta dan polis tu minta lesen memandu serta kad pengenalan.

"Kami nak buat checking cik," kata pemandu tu. Mungkin setelah tengok logo Majlis Sukan Tentera Laut pada baju yang aku pakai dia bercakap dengan lembut. "Ni checking biasa saja cik. Kami tengok kereta ni berat belakang. Apa ada? Boleh buka boot?"

Aku membuka boot. "Bawa apa ni?"

"Buku. Ada barang anak sikit." Polis itu memeriksa kandungan dalam boot keretaku.
"Banyak barang nak pindah ke ni?" tanyanya lagi sambil memeriksa barang yang aku bawa.
"Kerja apa?"
"Pegawai Sukan," jawabku.
"Nak ke mana ni?"
"Perlis, ada tugas resmi di sana."
" Maaf, cik, kami buat checking biasa. Nampak berat sangat ni."

Dia kemudian menyerahkan kembali lesen memandu dan kad pengenalanku.
"Pandu cermat, cik, jauh perjalanan tu."

Mereka pun beredar. Aku pun terus memandu.

Tu kalu kedua aku di tahan oleh pihak berkuasa. Kali pertama dulu di Ulu Kelang dalam perjalanan ke Kuantan. Masa tu peroda JPJ yang tahan. Check road tax. Tak bersalah, jangan takut.

No comments:

AFFILIATION

TESTIMONY OF 1MALAYSIA

1 Malaysia PEOPLE FIRST
These are blogs as proof of the slogan.

Followers

BILLBOARD

WHAT'S NEW ON THE BLOG FRONT

Powered By Blogger